Monday, April 25, 2011

Final Exam

salam..

dah smpai ke penghujungnya sem 4..
final exam!!!! wish me luck k.. :)
dup dap.. dup.. dap..

p/s: mohon ampun and maaf kalau ade terkasar bahasa, tersalah perilaku, termenyakitkan hati.. halal kan makan minum ye..

p/s/s: after final 14hb aQ akan bergerak ke Kolej Mara Kuala Nerang sebagai FC MSR FIST UNIKL batch 8.. :) *bakal menjejak kembali ke bumi Kedah.. :) *

Saturday, April 9, 2011

CUN!!

salam..

hey... seperti biasa aQ malas nak ucapkan kata sorry sebab x hapdate.. asik2 dok ulang perkara yg sama jer.. ape ape pun, sorry!!! hahahahaaha

semalam kan aQ berpeluang menonton filem CUN walaupun aQ wat muka x malu ikut orang g dating.. heheheheh.. tenkiu ye kepada cik ira n encik zali kerana sudi memberi peluang kepada beta untuk mengganggu kalian berdating.. hehehehe.. ye..ye.. aQ tahu semua akan membebel ape la tengok cite melayu.. xde kelas.. x bes lah x umphhh laaa.. tapi aQ xkisah pun sebab yang nak tgk muvie tu aQ.. *thanks to en zali sbb belanja tket wayang. :) *

so semalam after kelas trus decide nak kuar g tgk wayang.. sepatutnya aQ tak nak ikut, tpi cik ira ckp encik zali x kisah kalau aQ nk ikut.. act aQ segan.. yelah buat ganggu orang jer.. den aQ cakap, kalau nk tgk muvie aQ ikut. if x tengok aQ x ikut.. elok je hbis smyg jumaat cik ira msg 'jum!! cepat siap. aQ bg msa 15 mnit".. yeah!!! lmanya aQ tak tgk muvie.. last cite hikayat merong mahawangsa.. (sila jangan pening.. :p )

dalam 2.30 ptg trus gerak ke mid valley.. encik zali dah pun ade kat sana and dah pun beli tiket untuk kami bertiga.. tepat jam 4.10 ptg masuklah ktrg.. (dah macam ayat skema dah.. =_=")
bawah nie sedikit sinopsis cite yang aQ boleh share kan:

Luna Latisya (maya karin) seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat(jehan miskin), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala(marsha). Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom(faezah elai *xclp laa. kuikuikuikui) bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan(remy ishak), kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

jalan cerita dye sangat simple and kelakar.. memang tak kering gusi kalau tengok.. cer imagine bunyi remy ckap loghat utaqa.. ye aQ memang minat cite kelakar.. cite yg boleh aQ hilang stress.. aQ kurang skit cerita action sebab apa? bila kuar je dari panggung mesti aQ rasa penat mcm baru lepas kejar anjing jer.. sebabnya cite dye bnyak yg bagi aQ terkejut. tapi ade je beberapa cite action yang aQ suke nengok.:)

ok, back pada story CUN nie.. banyak jugak lah contoh teladan dalam nie. yelah hidup artis dalam glemor. mcm kata2 maya karin dalam filem nie "aQ selalu cari gosip artis. bila dah kene diri seniri baru rasa" yelah asek jaga tepi kain org je kan.. aleh2 kene batang hidung seniri.. msty tekanan ryte? bila dye balik kampung tom baru dye rasa ape erti hidup.. hidup tanpa amik tahu hal orang lain.. hanya hal2 orang yang tersayang.. kasih sayang sebuah keluarga.. hidup harmoni, tapi mcm beselah kat kampung pun ade jugak orang yang busuk hati.. mcm bedah tuu..(selalu kan kalau orang yang nama "bedah" je mesti watak dye jahat, busuk hati.. dalam realiti pun sama kan..) bedah mnat kat remy. jadi bila remy nie dah jatuh cinta dgn maya ape ag berasaplahh.. itu je pun agenda orang melayu.. keje berebut jer.. dah tahu org tak suka sudahlaa. (okey aQ dah masuk watak..hahahah)

tapi yang wat aQ terkedu tu tmpat penggambaran dye.. iaitu kedah. aQ rsa diorg shoot area2 jitra, gunung keriang n pekan aloq staq.. before nie trailer dye aQ ade tengok time tengok muvie hikayat merong mahawangsa tu. tapi aQ x espek kedah.. aQ espek mybe penang atau perlis.. tup2. aloq staq.. ada satu scene tu remy bwak maya n semua family jalan2 pekan aloq staq.. rindu weyh aQ.. semua tempat yang dye tunjuk semua tempat tu aQ tau.. huhuhuhuhu...

ape2 pun memang enjoy semalam.. siap dapat pizza dominos free ag.. thanks again buat cik ira n encik zali!!!! dapat juga aQ tengok muvie.. hehehe.. mcm kesian je kan bunyi nye..

emm.. rating yg aQ boleh kasi 6/10.. aQ paling ske watak kembang.. (nak tahu sape kembang tu?? cepatlah g tengok!!)