Thursday, June 30, 2011

Back to Old Memories

salam..

I'm back!! sempat jugak untuk aQ update lagi blog nie.. okey, last entry aQ ade cerita yang kitorang terima surprise kan.. dan surpise nya kitorang dapat melawat kembali Kolej Mara Kulim.. bagi aQ kenangan Kolej Mara Kulim kenangan yang paling best.. kenangan yang mengajar aQ erti berdikari. semua kene wat seniri.. yelah, kire itu kali pertamanya aQ duduk asrama.. walaupun aQ pernah menjalani PLKN, kem kadet polis tapi PLKN dengan kem tu kite banyak main.. ini tempat belajar.. so stress tu wajib ada..

pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun aQ tinggalkan KMK.. setiap kenangan tu masih lagi kekal dalam ingatan aQ.. kenangan kantoi dengan ustaz ikram and warden matrix sebab tak turun berbuka puasa kt DS (dewan selera).. hahahahaha... naik bas sardin berhimpit2 sampai xbernyawa.. pening2 dengan asigment IT. flash la, flowchart la mdian ape tu yang bnyak main coding.. macam C++ tu.. aQ dah lupa ape nama dye..

selesai je program MSR terus kitorang bergerak ke KMK.. smpai2 je Kulim masing2 terjerit.. "weyh!!! nasi ayam periuk besar!!!" "weyh!! the store!..the store!!! " "kat sini tempat aQ lepak!!" "kat sini tempat aQ sopping itu ini " gamat bas tu.. pak cik bas geleng2 je tengok pangai kitorang.. setiap ape yg bas lalu tu semua kenangan tertiba terlintas.. boleh imagine and siap tahu ag selok belok.. hebat btul Kulim kan.. hahahahaha...

dan....

tadaaa...

*selamat datang ke Kolej Mara Kulim.. :)

macam mimpi je KMK depan mata.. dan masing2 pun terjerit2 "weyh!!! tempat letak kad outing!!" "basikal time riadah.. dah buruk ouh basikal2 tu" "port fly weyh!!! "hahahahaha.. memacam.. KMK dari segi luarannya masih tak berubah.. sama je.. cuma yang berubah pejabat dan bilik guru foundation dah xde.. dah jadi pejabat and tempat rehat pekerja cleaner.. sedeyyy.. :( port melepak depan bilik guru tu pun dah xde.. semua cikgu FET/FIST semua dah berkhidmat menjadi cikgu matrix. semua guru dah dipindahkan ke bilik tutorial dekat dengan tempat baca surat khabar sambil berdiri tuu..


*with cikgu shafie. cikgu yang mengajar aQ fizik.. sabar je cikgu layan perangai aQ kan.. hehehehe.. ape2 pun Selamat Pengantin Baru cikgu!!


*with cikgu liza.. cikgu yang mengajar aQ maths.. cikgu liza aQ anggap macam kakak aQ. hepy je bila duduk sekali.. kalau cikgu liza marah tu tahan aje lah telinga. tapi marah cikgu sebab nak perbetul ape yang kita salah.. huwaaa.. cikgu!!! rindu nak nanges kat cikgu ag!!!! cikgu, cikgu saya masih hutang cikgu samosa!! nanti ada kelapangan ada lagi jodoh saya bwak cikgu g makan samosa meletoppss k.. :)


*bersama cikgu fathul.. cikgu terbaik kimia.. dan cikgu yang paling aQ berdebar2 setiap kali masuk kelas dye.. mahu tak cikgu fathul suka bg soalan then cikgu point je sape2 yang cikgu nak.. :)

and buat pengetahuan semua cikgu fathul sekarang dah jadi usahawan.. cikgu fathul sekarang tauke koop KMK.. koop kite skrg dah advance.. dah ghupe mini mart.. macam2 ade.. xyah nak truk2 kuar outing nek bas sardin semata2 nak beli barang.. x caya?? jum tengok:





*see?? hebat kan..


*with teacher liya... my mentor.. tringat ag masakan teacher time berbuka puasa bersama mentor mentee.. sedap sangat... teacher liya nie ibarat ibu kepada aQ.. susah senang aQ, teacher liya yang banyak ambil berat dan banyak bagi nasihat. paling syahdu teacher siap jerit nama aQ dari jauh and peluk aQ erat2 bila jumpa.. siap cakap "saya rindu kamu sangat2 rabi'atul".


*dewan bersejarah KMK..



*PSP KMK..

*KMK, kami datang melawat anda.. :)

semua memori kat sini menjadi kenangan dalam diari kehidupan aQ.. :)






*aQ amat rindu kan warasian.. nanti kite jumpa di malam gala FET ye.. :)


*muehehehe.. aQ nak jugak enterprem id card aQ zaman KMK.. korang ada simpan ag tak?? :p


p/s: Al-fatihah buat arwah luqman (07/11/2010) dan Sir Teh (01/06/2011), suami puan umi kalsom.. walaupun arwah Sir Teh tak penah ngajar aQ tpi aQ sempat berkenalan dengan arwah Sir Teh dlu time aQ ade ujian hafalan dengan ustaz ikram. semoga roh arwah angah dan arwah Sir Teh ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Amin..

Wednesday, June 15, 2011

MSR FIST UniKL batch 8 (part II)

salam...

hari ni genap sebulan pgram MSR berlalu.. genap sebulan jugak adik2 berlajar di KMKN.. dan genap sebulan jugak baru aQ nak update blog.. tetttttt... hahahahaha..

okey, sekarang aQ nak imbas balik aktiviti yang berlaku sebulan lepas. jikalau ikut masa sekarang aQ tgh sibuk2 packing barang untuk KMKN, sementara yang lain sedang siap2 briefing dan berkumpul untuk kali kedua di UniKL CC.. macam x adil plak kan bunyinya.. orang lain sibuk2, aQ kat rumah.. act hbis je final aQ 11hb tu aQ terus balik ipoh. dan last minute jugak aQ dapat tahu pihak HEMs mahu jumpa untuk training minit2 terakhir.. jadi peluang untuk aQ berpatah balik KL pada 15hb tu amat tipis. kebetulan aQ ada hal keluarga yang x dapat dielakkan..

lepas dapat panggilan ubey kata diorang sekarang dah pun berada di tapah, terus aQ bersiap2 untuk tunggu di RnR simpang pulai.. dan kebetulan Rafidah pun ada sekali.. dalam 4.15 petang bas UniKL datang pickup aQ dan Rafidah terus bergerak ke KMKN.. hal dalam bas tak lain dan tak bukan tido.. yelah, masing2 penat. awal2 pagi dah berkumpul.. yang jauh lagilah awal bangun ye dak?

dalam pkul 7 malam kami berhenti di RnR gurun. di situ kami dberi masa untuk tunaikan solat maghrib dan makan malam sebab ubey dapat kol dari Pn Malita bgtahu untuk malam tu kami xde program dan hanya supper disediakan. seperti biasa aQ selalu mengenang kembali kenangan.. hehehe.. RnR gurun, maknanya aQ dah jejak bumi KEDAH.. rindunya.. 5 bulan aQ xjejak. dan aQ jugak masih terbayang2 gmba dak2 laki berderet tngkap gmba kt divider dengan atiq posing "mengaum".. bak kata pidot, "pelarian Vietnam" hahahahaa.. arwah angah pun ada dalam gmba tuu..

alhamdulilah.. tepat jam 9.55 malam kami selamat sampai ke KMKN.. xde perubahan.. semua masih sama.. :) untuk malam tu kami semua diberi kebebasan untuk aktiviti sendiri. so aQ decide untuk balik mandi and "dooommmmm" tido. hahahaha.. tapi sebelum tu aQ layan facebook dulu and sembang2. untuk kali nie ktrg dapat bilik asrama.. hamek kau tingkat 3.. mau mengah aQ nak nek trun.. nasib baik tak tinggi macam hostel.. tapi kalau pagi, sejuk ya amat.. macam nk smbung tido trus je. aQ sebilik dengan adiaa, durrah n put. bilik sebelah chaq, jo, rafidah and farha. sebelah ag mazni n tora. dah dinyatakan bila pagi suasana sejuk n damai macam biasalah untuk keesokkan paginya kitorang yang pmpuan nie terbabas bngun lewat.. supposed ktrg kene siap turun pkul 7 pgi utk breakfast. ini pkul 7 pagi bangun. kelam kalibut laa.. bila turun je breakfast masing2 kene bahan dengan dak2 laki sebab diorg bersiap dulu.. ceyh... kebetulan je tuu.. ahahahaha.. :p

hari pertama:

untuk hari pertama nie ktrg OC/FC adakan sesi ice breaking lagi sekali sebab pada pertemuan 24hb april dlu ada yang x dpat hadirkan diri atas sebab2 tertentu. time tu jugak diedarkan tag nama serta baju. selesai je edaran ktrg trus cont kepada briefing oleh program director, ubey dan program coordinator, aQmal untuk pgram yang akan dijalankan selama 2 hari berturut2. seterusnya kitorang minum pagi.. (-_-"
seusainya minum pagi ktrg dipecahkan kepada OC dan FC. untuk FC, OC LDK, fiuzz amik tempat untuk beri taklimat dan simulator tentang aktiviti2 yang dijalankan pada slot LDK.. slot LDK ade 8 slot yang telah dirancangkan. untuk OC, kami berbincang tentang perihal belakang tadbir untuk melicinkan lagi perjalanan program. masing2 dari pagi hingga ke malam siapkan ape yang diperlukan untuk 2 hari berikutnya..



hari kedua:

hari kedua bermula dengan mengumpulkan adik2 untuk waktu senaman pagi.. pkul 6.45 pagi. tapi untuk slot senaman pagi tu ktrg decide untuk buat pembahagian kumpulan. slot tu hbis tepat jam 7.15 pgi dan seterusnya breakfast. tepat jam 8 pgi semuanya berkumpul di Dewan Badlishah untuk sesi perkenalan diri masing2.. memandangkan ini kali kedua aQ xde lah gugup sangat nk pegang mic n berdiri atas stage dihadapan 350 orang pelajar.. masing2 dengan cara tersendiri untuk memperkenalkan diri.. aQ jer cara skema.. hahahaha.. untuk slot pertama tu kami namakan slot "Breaking up the Ice" yang bnyak ke arah pembetukan group. identiti group. diorg kene wat bendera dan cheer sendiri. hnya disediakan kain putih dan marker. untuk batch kali nie aQ dpat simpul kan yang diorg memang sgt2 kreatif. boleh tengok dri bendera,logo dan cheer yg diorg hasilkan.. seusainya slot 1 dan minum pagi ktrg continue untk slot kedua. slot kedua ini adalah slot " Leadership". hbis je slot leadership and lunch continue kpada slot ketiga iaitu slot "creative and innovative" .. hahahaha.. slot nie paling aQ ske.. slot buat satu struktur yang kukuh hnya gunakan straw n salatope.. gelak2 aQ nengok.. masing2 dengan menara cap gajah ke badak ke ape.. aQ dah lupa.. bnyak grup jugaklah ke semi final.. aQ tgk muka adik2 masing2 teruja.. mybe satu benda baru yang diorg belajar atau diorg have fun. untuk sesi riadahnya amat mendukacitakan skit sebab cuaca x begitu baik.. hujan.. jadi terpaksa gunakan backup plan dengan buat aktiviti dalam dewan. aktiviti masukkan marker dlm botol dengan periuk api tak silap. untuk slot tu aQ xdpt join sebab nak siapkan aktiviti untuk slot esok. malamnya kami continue untuk slot "Choose That Campus!". slot perkenalan campus2 UniKL. macam biasalah campus UniKL MIAT tetap menjadi tumpuan.. hnya satu soalan je untuk UniKL BMI.. sobs..sobs..





hari ketiga:

untuk hari ketiga nie untuk sesi senaman pagi dimulakan aktiviti jogging dan chicken dance diketuai oleh OC Sukan, atiq n jef. hbis je senaman dan breakfast ktrg continue dengan slot "Explorace". satu grup diikat dalam satu bulatan tali rafia dan diberi barang amanah 5 batang spagheti yang belum masak, 1 belon berisi air dan terpaksa tempuh 9 checkpoint. aktiviti explorace nie bertujuan untuk memberi pendedahan awal bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran diorg. setiap checkpoint tu ade task masing2 n soalan nama penuh campus UniKL.. msing2 dengan gelagat masing2. dari aktiviti ni aQ dapat lihatlah cara kerjasama, cara diorg handle masalah, msing2 dengan idea tersendiri. mcm mna lawan perasaan geram, marah, rasa x selesa. slot explorace hbis tepat jam 1.30 tengah hari dan disambung dengan waktu lunch. slot ke 7, slot "WeLove Communication" dimana hanya disediakan belon yang berisi air, 4 helai surat khabar dan salotape.. ini pun paling best.. hahahaha.. yang xley lupa ada one grup tu belon jatuh dlu bru parachute jatuh kemudian.. kali nie bnyak group yang belon nya tak pecah.. untuk slot riadahnya kami adakan sesi lawan tarik tali.. mula2 by group then wakil setiap group lawan OC/FC.. gimik yang paling terbaik aQ rsakan... gimik baling belon air.. hahahaa.. memula adik2 memasing muka ketat jer bila kene marah dengan aQmal. dan kene baling belon air masing2 menjerit gelak.. hahahaha.. cayalah... untuk lawan tarik tali antara student and OC/FC menang kepada student.. giler ah diorg.. tarik setarik2nyaa.. surrender semua OC/FC.. hahahahaa.. tapi yang nie paling tip top apabila others cmpus kalahkan MIAT/MFI.. tergolek semua.. hahahahaha.... smpai sekarang masing2 tak ley terima kenyataan.. hahahahaha.. sorry guys nak wat macam mana kan.. malamnya slot terakhir.. slot " group binding" hahahaha.. kelakar.. siap ade berlakon drama tiru/bahan gaya OC2 and FC2.. hahahaha.. pecah perut gelak.. sangat havoc kalian semua.. tak penah ktrg terpikir pun ade macam tu.. masing2 ade bakat masuk maharajalawak.. tak kering gusi gelak.. untuk seterusnya sesi penutup dan sesi hadiah untuk pemenang.. ok, untuk nie aQ xnak cite sebab aQ ade wat kesilapan.. thanks hilmi dpat backup and ceriakan keadaan.. aQ memang gugup hbis time tu.. dan untuk pertama kalinya aQ rasa ada sesi pencalonan OC/FC oleh adek2.. hahahaha.. ade kategori sporting, hensem, cantik, serius.. yang paling tak menahan kategori serius atiq tercalon.. sebut je nama atiq OC/FC semua gelak2, adik2 tepuk2 tangan smpai diorg pelik kenapa ktrg gelak dgn sangat kuat bila nama atiq tercalon.. hahahaha.. dan untuk malam tu jugak kami akhiri dengan sesi bergamba dengan setiap grup.. memandangkan aQ xde grup aQ g nyelit jer wat muka tak malu tngkap gmba dengan grup mana2.. hahaha.. cian woohh.. kali nie kurang adik2 add aQ kat facebook. baru aQ tau rasa mcm mna jdi OC.. lepas nie aQ nak jadi FC. . tapi ok jugak sebab aQ xdelah nk taching sangat mcm last year.. hahahaha.. *ayat sedapkan hati seniri*


hari terakhir:

selesai sudah misi kitrg semua.. Alhamdulilah semua program berjalan lancar seperti yang dirancang. tahniah kepada semua OC/FC.. dikesempatan nie aQ nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua.. serious seronok sangat kerja ngan korang.. aQ jgak nak minx maaf kalau ada tersalah kata tersilap perilaku sepanjang kite bekerjasama. halalkan makan, minum ye.. :) hopefully next year aQ dapat join ag.. buat abg luqman and dol thanks for everything.. jgn lupa rby bila dah bekerja nanti.. buat abg2 batch 4, next year kalau dapat join ag join ag tau.. tepat jam 9 pagi kami semua bertolak ke KL semula. tapi aQ tak lah.. aQ smpang simpang pulai jer.. hehehehe.. ade surprise tau selepas ktrg bertolak dari KMKN.. next entry bakal diceritakan k..

*the great team.. :)

*lebih bnyak gmba click sini.. :)

Tuesday, June 14, 2011

MSR FIST UniKL batch 8 (part I)

salam..

fuh..fuh..fuh.. dah bersawang + berabuk da blog aQ nie.. nie gara2 beruk aQ wat hal.. asek lembab jer line.. tak habis2 line EDGE.. sabau je lah.. so kali nie ada kesempatan aQ nak marathon skit aktiviti aQ cuti kali nie.. Alhamdulilah final exam aQ berjalan lancar selancarnya. so sekarang aQ tengah bercuti semester.

so previous entry aQ ada sebut aQ bakal menjejakkan kembali di bumi kedah kan. tanggal 15hb mei bru nie (esok genap sebulan.. bru aQ nk updte.. slekeynya budak.. hahahahhaa) aQ dan lagi 37 orang bergerak ke Kolej Mara Kuala Nerang. macam biasa aktiviti MSR nie jadi aktiviti tahunan buat Alumni Fet/Fist UniKL. aktiviti nie dengan rasminya start pada zaman batch aQ. batch 5, 2008/2009. macam tahun nie MSR FET yg skrg ini dikenali MSR FIST sudah pun diadakan 4 tahun berturut2. skrg dah batch yg 8 da pun. dan kali kedua bagi aQ menjadi salah seorang komiti untuk MSR.

bermula dengan 24hb april dulu, kami seramai 36 orang (dari seluruh pelusuk kampus UniKL) telah pun berkumpul di UniKL City Campus untuk sesi OC/FC training and brainstorming.. hahaha.. hamek kau awal2 pagi aQ dah bangun punya bersemangat.. Thanks buat yie, ucu and kimi sebab sanggup teman aQ ke UniKL CC.. awalnya kitorang breakfast dlu di McD ong tai kim.. isi minyak perut dlu. tepat jam 8.30 pgi smpailah aQ ke UniKL CC.. so mcm biasalah mesti lepaking dlu.. pkul 9 pagi bru naik ke bilik taklimat.. (lagipun taklimat memang start kul 9 pagi)..bila semuanya kumpul macam biasalah hiruk pikuk lah dalam tu.. masing2 bercerita. kali nie separuh muka2 baru separuh muka2 lama.. macam biasalah adat. kalau yg baru2 tu msty bercampur dgn yg baru2.. yg lama pun sebaliknya.. tpi itu just sementara je. habis je sesi ice breaking masing2 dah bercampur. muka2 lama seperti biasa aQ amat rindukan gelagat diorg.. gelagat diorg yg xpenah bg aQ kering gusi.. ade je akal masing2.. hahahahaha.. lepas rindu ouhh.. tapi dalam masa yang sama terdetik rasa sedih dan rindu aQ kepada arwah angah, Luqman. sebab tahun lepas arwah angah ada join sekali program nie.. Al-Fatihah.

untuk paginya aktiviti ice breaking dan perlantikan OC/FC serta taklimat serba sedikit dari pihak Centre Foundation Studies, CFS.. masing2 riuh vote. and aQ tercalon untuk menjadi S/U time tu.. punya lah berpeluh aQ.. aQ paling tak nak jdi S/U. nasib baik after percalonan kitorang OC nie adakan meeting and rombak kembali jawatan.. thanks semua esp ubey.. :)

so tepat jam 12.00 tengah hari, kami semua diberi pelepasan untuk berehat sehingga pukul 2 petang sementara menunggu pihak HEMs datang. dengar je rehat panjang masing2 ade plan masing2.. ade yang pegi karaoke lah (asal tak ajak?? grr~ ) , pegi jalan2, shopping. untuk aQ, aQ bwak aQmal, capot, zulkei,hilmi,atiq, and adiaa ke low yat.. diorg nk tgk lappy katanya. dalam STAR pun diorg ley wat hal.. hahahaha.. gelak guling2 jer aQ tengok diorang. so bila dah round low yat tu tanpa arah tuju, aQ and adiaa decide nak jalan2 ke Times Square. hahahahaha.. Times Square nie boleh diibaratkan syurga shopping n syurga makanan jugak bagi aQ.. memandangkan aQ xpenah makan tutti fruiti maka aQ mengajak adiaa untuk ngap tutti fruiti nie.. sedapppppp... walaupun ice cream dye rasa macam ais krim biasa tapi bila dah dimodified dengan gaya tersendiri tambah nuu tambah nie makan lagi umphhh ais krim tu..

*nyummy kan.. :)

tepat jam 1.45 tengah hari aQ dapat kol capot. katanya diorg otway ke STAR.. suruh kumpul kat sana untuk balik ke UniKL CC. ngam..ngam.. 1.59 tengah hari kitorang sampai UniKL CC.. hahahahaha.. dengan bangganya aQmal cakap pandai tak aQ bajet masa.. ceyh... haahahaha.. sampai je sana masing buat aktiviti sendiri and lunch sementara tunggu pihak HEMs sampai. tepat jam 3 petang kami kembali teruskan agenda. sir irwan dari HEMs UniKL BMI datang untuk memberi taklimat and ajar satu dua untuk handle crowd and jadi fasilatator yang baik. sesi bersama sir irwan tamat jam 4.30 petang. kebetulan time tu sir irwan terpaksa bergegas pulang untuk menyertai perlawanan bola antara UniKL BMI and MyTV3.. hehehehe.. macam biasa UniKL BMI tetap menang.. hahahaha.. tahniah2..

*briefing session.. :)

habis je sesi taklimat, kami berbincang aktiviti yang ingin dijalankan waktu MSR nanti. masing2 kuarkan idea masing2. dan dengan sebulat suara semuanya telah dipersetujui dan dilaksanakan seperti yang dirancangkan.. Alhamdulilah semuanya selesai dan kami semua beransur pulang tepat jam 6 petangnya.. untuk balik ke BMI aQ tumpang capot. kebetulan farid pun tumpang balik ke gombak sekali. thanks capot.. :) anda memang kacak.. hahahaha.. :p

before balik ke BMI kitorang singgah dulu makan kt HR steak, kampung baru.. dah ghupe macam mak bawak anak2 g makan dah.. mahu taknya 8 orang lelaki and aQ sorang je pmpuan.. hahaha.. tapi memang enjoy hbis.. asik gelak jer 24 jam.. hahahaha.. thanks guys! :)




*info lanjut ley lawati blog fiuzz.. :)