Friday, June 7, 2013

Memori 2010 - 2013

Assalamualaikum w.b.t


Lama sudah jejari tembamku ini tak menaip.. janggal sudah.. tetapi tetap nak menaip. bila mood mula masuk watak, hanya dalam blog aku luahkan..

Sekejap sudah berlalu 4 tahun sebagai mahasiswi UniKL BMI. Dan 5 tahun juga berlalu sebagai Alumni Fet/Fist UniKL. Macam mimpi. sambil menaip sambil bergenang air mata ini. Alhamdulilah aku bersyukur sangat dengan kehidupan yang telah aku lalui sepanjang 5 tahun ini. Allah berikan aku orang orang kuat disekelilingi aku. Syukur, Alhamdulilah..


23hb Mei yang lalu merupakan hari terakhir aku sebagai komiti Program Bersama Alumni UniKL di Kolej Mara Kuala Nerang.. Sebak. itu yang dapat aku gambarkan.. aktiviti Fasi dan Oc nie dah menjadi sebahagian dalam hidup aku. Setiap tahun baru aku begitu ghairah menantikan "Memo PBA" di halaman FB Foundation UniKL untuk mendaftar.. walaupun tahun ini aku sudah bergelar pelajar latihan industri dan bakal tamat pada bulan April dan aktiviti PBA dijalankan pada bulan Mei tetapi Alhamdulilah, tahun ini aku masih berpeluang untuk mengikutinya lagi. terima kasih pada Chaq kerana mengajak kami yang batch 5 ini join PBA buat kali terakhir sebagai mahasiswi UniKL. :)


Aku bersyukur sangat2 Foundation UniKL ada menganjurkan program sebegini.. Jujur aku nyatakan bahawa PBA ini banyak mengajar aku. Mengajar aku erti pembelajaran, perubahan, persahabatan, pengorbanan, pengajaran, kegembiraan, hormat, dan sayang. Aku belajar bagaimana bekerja dengan abang2 kakak2 diatas. aku belajar bagaimana berkerja bersama dengan sebaya. dan aku juga belajar bekerja dengan adik2 ku yang muda. Pelbagai ragam pelbagai karenah. Selepas satu postmorterm ke satu postmorterm. tak cukup di bilik gerakan di bilik pula sambungnya. Tidur di jam 2, 3 pagi demi menyiapkan aktiviti untuk adik2. tak mengeluh tetapi bercanda lagi ada. mungkin masing2 ikhlas bekerja. Ye, itu kekuatan yang aku dapat simpulkan. Ikhlas. Bekerja dengan berlainan batch berlainan kampus. tetapi dipenghujungnya kami bersatu.


Seperti menjadi tradisi, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dipenghujungnya. Jika dulu FET batch 3 dan batch 4 bakal meninggalkan PBA dan memulakan haluan masing2 dan tahun ini sampailah ke batch 5 iaitu batch aku sendiri. batch 5 bakal menjejakkan langkah ke alam baru. masing2 akan mula mengikuti haluan masing2. ada yang bakal sambung belajar ada bakal bekerjaya.. tahniah dan semoga berjaya buat kalian semua. Disini aku ingin memohon seribu kemaafan atas segala kesilapan. moga kenangan dan persahabatan kite kekal ke hingga ke akhir hayat. Buat adik2 teruskan perjuangan kalian.. aku tahu kalian semua adalah orang2 yang hebat.! Semoga jodoh persahabatan kite juga kekal ke hingga akhir hayat. AKU SAYANG, SAYANG2KU PBA 2010-2013.!



Memori MSR 2010:




Memori PBA 2011:

Memori PBA 2012: 

Memori PBA 2013:



Memori Program Bersama Alumni :




terima kasih atas kenangan manis dari kalian semua! :D

2 comments:

rafie is dr.luv said...

nice one ruby

Unknown said...

wuuuu kak ruby~ sayang kakak!