Friday, June 7, 2013

Memori 2010 - 2013

Assalamualaikum w.b.t


Lama sudah jejari tembamku ini tak menaip.. janggal sudah.. tetapi tetap nak menaip. bila mood mula masuk watak, hanya dalam blog aku luahkan..

Sekejap sudah berlalu 4 tahun sebagai mahasiswi UniKL BMI. Dan 5 tahun juga berlalu sebagai Alumni Fet/Fist UniKL. Macam mimpi. sambil menaip sambil bergenang air mata ini. Alhamdulilah aku bersyukur sangat dengan kehidupan yang telah aku lalui sepanjang 5 tahun ini. Allah berikan aku orang orang kuat disekelilingi aku. Syukur, Alhamdulilah..


23hb Mei yang lalu merupakan hari terakhir aku sebagai komiti Program Bersama Alumni UniKL di Kolej Mara Kuala Nerang.. Sebak. itu yang dapat aku gambarkan.. aktiviti Fasi dan Oc nie dah menjadi sebahagian dalam hidup aku. Setiap tahun baru aku begitu ghairah menantikan "Memo PBA" di halaman FB Foundation UniKL untuk mendaftar.. walaupun tahun ini aku sudah bergelar pelajar latihan industri dan bakal tamat pada bulan April dan aktiviti PBA dijalankan pada bulan Mei tetapi Alhamdulilah, tahun ini aku masih berpeluang untuk mengikutinya lagi. terima kasih pada Chaq kerana mengajak kami yang batch 5 ini join PBA buat kali terakhir sebagai mahasiswi UniKL. :)


Aku bersyukur sangat2 Foundation UniKL ada menganjurkan program sebegini.. Jujur aku nyatakan bahawa PBA ini banyak mengajar aku. Mengajar aku erti pembelajaran, perubahan, persahabatan, pengorbanan, pengajaran, kegembiraan, hormat, dan sayang. Aku belajar bagaimana bekerja dengan abang2 kakak2 diatas. aku belajar bagaimana berkerja bersama dengan sebaya. dan aku juga belajar bekerja dengan adik2 ku yang muda. Pelbagai ragam pelbagai karenah. Selepas satu postmorterm ke satu postmorterm. tak cukup di bilik gerakan di bilik pula sambungnya. Tidur di jam 2, 3 pagi demi menyiapkan aktiviti untuk adik2. tak mengeluh tetapi bercanda lagi ada. mungkin masing2 ikhlas bekerja. Ye, itu kekuatan yang aku dapat simpulkan. Ikhlas. Bekerja dengan berlainan batch berlainan kampus. tetapi dipenghujungnya kami bersatu.


Seperti menjadi tradisi, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dipenghujungnya. Jika dulu FET batch 3 dan batch 4 bakal meninggalkan PBA dan memulakan haluan masing2 dan tahun ini sampailah ke batch 5 iaitu batch aku sendiri. batch 5 bakal menjejakkan langkah ke alam baru. masing2 akan mula mengikuti haluan masing2. ada yang bakal sambung belajar ada bakal bekerjaya.. tahniah dan semoga berjaya buat kalian semua. Disini aku ingin memohon seribu kemaafan atas segala kesilapan. moga kenangan dan persahabatan kite kekal ke hingga ke akhir hayat. Buat adik2 teruskan perjuangan kalian.. aku tahu kalian semua adalah orang2 yang hebat.! Semoga jodoh persahabatan kite juga kekal ke hingga akhir hayat. AKU SAYANG, SAYANG2KU PBA 2010-2013.!



Memori MSR 2010:




Memori PBA 2011:

Memori PBA 2012: 

Memori PBA 2013:



Memori Program Bersama Alumni :




terima kasih atas kenangan manis dari kalian semua! :D

Tuesday, September 11, 2012

Seoul Garden

Assalamualaikum.

hee.. berkobar kobar plak malam nie update entry.. act aku happy sangat sebabnya sekian kalinya aku akhirnya dapat juga merasa makanan korea. rezeki nak ke korea belum sampai lagi. jadi makanan korea aje lah dulu ye. sebelum nie asik tengok aje orang korea makan dalam tv tu. (terpengaruh tv) kimchi lah, ramen lah, gulgogi lah. samgyuphal lah. (maafkan jika ada kesilapan ejaan atau sebutan.) aku pun nak jugak. hehehe... jadi hari ini aku berkesempatan juga pergi ke Seoul Garden. sebenarnya restoran Seoul Garden nie dah lama ada and popular. cuma aku je baru tahu waktu puasa ritu. dulunya ingat nak berbuka kat sana, sekali kol fully booked. lagipun mahal rm 45. belum campur tax lagi. jadi tadi bila kak amoi ajak terus berkobar kobar. tak pikir panjang nie. main taip "JUM!" hee.. thank you kak amoi ajak ruby kuar makan sini..

sebelum makan kat sini aku dah google siap2 dah cari info pasal Seoul Garden. biar ada konfiden sikit. hee.. untuk lebih save, aku dan kak amoi dah buat keputusan untuk amik buffet makan tengah hari. jadi dengan kekuasaan sebagai pelajar harga cuma rm 23. haaa.. bertapa 3 jam kami berdua disana.. makan puas2 hati and biar berbaloi. layan aje eh gamba.. :D (psst: ada beberapa aku amik dari google sebabnya segan nak snap gmba tadi. )

(ini semua pic dari google. tapi percayalah amat sama 98%. 2% hilang sebab tadi ketam and kupang tu teda pong! tak adil.. )







mula dari sini semua gamba sendirian berhad. :) 

untuk feeling korea, hanya sudu and chopstick saje digunakan. sudu tu pun untuk hirup sup.. maafkan aku ya garfu.. (-_-"

pusingan pertama. 


 yeah! suapan ramen yang pertama. :D

akhirnya bertemu jugak kau ye kimchi.. :p

ais kacang pertama yang dibuat sendiri. :D

haa.. untuk makluman buffet di SG nie sangat2 menarik bagi aku. semuanya ada. untuk minuman free flow. ada minuman panas dan sejuk. dan paling best kite boleh buat ais kacang sendiri. nak bubuh ape bubuh laa sebanyak mana or setinggi mana. tapi apa kan daya, gara2 tak ley beza susu pekat dan susu cair, membantutkan keistimewaan ais kacang aku.. nak amik susu pekat gi bubuh susu cair. jadinya ais kacang tawar.. (-_-"  (pssst: aiskrim choc mint tu sangat superb! dekat 10 scoop aQ makan rini.. tak caya tengok gmba bawah jap lagi ye. )

tiru gaya makan korea, daun salad yang diletakkan gulgogi + kimchi + sotong.

alikin kedua. memandangkan memang favourite aku makan aiskrim dengan kacang tumbuk maka penuhla kacang tumbuk. 

pusingan ketiga. (gamba pusingan kedua lupa nak amik)

3 jam dan 3 kali juga pekerja sini kutip pinggan kami. btw, aku ada terperasan kat kaunter ada tulis amaran membazir. setiap 100gm yang tak habis kene bayar rm5. ok la kan. amalan membazir tu kan amalan syaitan. 

dan terakhir sekali. 
jutaan terima kasih buat kak amoi.. happy! lepas nie kite cuba bibimbap pulak ye. 

wahai jung yonghwa yang diminati. kita da pandai makan dah makanan korea nie. nanti kite gi sana awak belanja kite makan dubboki plak eh. tapi yang halal la. tak halal kite tak boleh makan.. heee. bye! :D



Sunday, August 12, 2012

Kenangan tiba tiba kembali terusik

Assalamualaikum.

malam tadi tertiba aku jadi sayup. sayup sangat.. malam tadi pun tak boleh tidur. tak tahu kenapa.. lepas subuh baru boleh tidur. itu pun aku mimpi pelik2.. entahla aku tak tahu napa..

semalam aku ke TS (times square) belikan beg kiriman adik. lama dah aku x jejak TS tu.. adalah 2, 3 yang berubah.. rasanya last berbuka puasa tahun 2009.. time tu arwah angah pun ada. sebaknya bila tengok ada 1, 2 tempat yang penah kami lepak2 sama. bila berjalan dengan atteh semalam teringat arwah angah. memori sem 1 dan sem 2.. kerap nau ke TS. jakun lagi masa tu. ingat lagi malamnya pakat ramai2 dengan acik, atteh and angah. time tu ucu ada hal.. atam, annyu and andak masing2 ada program sendiri. along da grad. pakat ramai2 siap2 gi belakang. dulu ada bas rapid bawak gi monorel titiwangsa. sekarang xde dah. suke amik risiko balik lewat2 mudian bila bas datang lambat memasing membebel. arwah angah paling relax. siap nyanyi lagu permaisuri sambil tunggu bas. (lagu tu dulu feveret aku. lepas angah pergi terus aku xnak langsung dengar lagu tu.)

macam mimpi aje kenangan nie semua. cepat masa berlalu.. sem 1 sambut berpuasa di BMI sem 7 nie pun aku sempat berpuasa di BMI.. InsyaAllah sem terakhir aku disini. tetiba je angah alang teringat semua kenangan malam nie tadi. secara spontan.. atteh cakap kalau kite tetiba teringat orang jauh, maknanya orang jauh tu pun teringat kita.. angah rindu alang eh? heee.. alang pun rindu angah jugaaa.. tapi alang x risau sebabnya angah dah selesa di sana..

haaa.. cakap pasal angah, alang teringat atteh cite yang atteh mimpi hang out kuar ngan angah.. angah ada pesan kan suruh atteh jaga alang? atteh memang betul2 jaga alang semalam angah... atteh da tunaikan pesanan angah. atteh teman alang dari tengah hari sampai malam.. siap cukup bawak gi makan.. alang dengar atteh ngadu banyak keje and ngantuk tapi bila alang nak gi mana atteh ikut aje cari kedai dari ground floor smpai tingkat 8.. redah jem lagi. tapi sebelum redah jem atteh membebel2 dulu.. hahaha.. alang layankan ajer.. mudian bila ada lagu2 best kitorang wat redbox dalam kete... hahaha.. baru alang pasan. last kite kuar tu alang da tak pernah jejak TS. semalam jejak pun sebak2. xnak cakap kat atteh kang atteh dabel sebak.. atteh tu kan dalam hati ada taman.. kuikuikui.. banyak citenya tapi biarlah alang simpan and kite je tahu.. Hee...

Al- Fatihah.


ber-tokwan kepsi.. 


raya ramai2 sekali program anak angkat tahun 2009



last raya bersama tahun 2009.. 2010 kite tak sempat snap gamba bersama. tapi rasanya ada gamba yang angah makan cookies alang yang angah kata sedap yang len2 kata tak sedap.. sobss.. 


rasanya ni last kite gathering sesama.. secara ramai lah.. 


*external corrupt.. sedihnyaa.. dalam tu banyak gamba2 kenangan. dari zaman 2008. kecewanya ! *


Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0

Assalamualaikum.

da lama kan aQ tak update blog nie. maaf sekarang aQ amat sibuk dengan tahun terakhir aQ di BMI. seperti yang sedia maklum aQ sekarang sibuk dengan Final Year Project. jadi blog nie aQ terpaksa ketepikan sebentar. aktiviti blogging telah dipindahkan ke Blog FYP jemput lah melawat blog FYP aQ.. xdelah sehebat orang lain tapi cukup bg aQ bangga dengan diri aQ.

seperti yang digembar gemburkan tanggal 28 Mei 2012 baru BERSIH telah diadakan lagi sekali. dan buat kali ini juga ayah aQ dipanggil untuk standby. pada mulanya aQ x susah hati sangat sebab aQ ingatkan ayah hanya standby di Penang. Penang kan kuat jugak pembangkangnya. tup2.. pagi khamis aQ dapat kol bahawa ayah aQ ditugas untuk ke KL. hancur lebur hati aQ weh.. aQ susah hati sangat keselamatan ayah. ye aQ paham korang nak mempertahankan 8 tuntutan korang.. tapi itu aje ke caranya? dengan berhimpun? tak ke korang rasa menyusahkan orang lain? kalau korang berhimpun secara aman damai xpe.. tapi tahu sgt mentaliti orang mesia nie. tak penah nak amannya. akan ada jugak masa2 orang naik "gila" especially yg fanatik terlebih tu kan..  dan tugas polis untuk jaga keamanan. even konsert2 nyanyi melalak pun polis ditugaskan untuk menjaga.!

ye aQ tahu ramai sangat benci polis. tapi korang tak sedar diri, polis tu jugak akan bantu korang bila korang susah. dan aQ sebagai anak polis mesti sedikit sebanyak akan terasa ape yang orang kata terhadap pekerjaaan ayah aQ. hanya anak2 polis je memahami perasaan apa yang aQ lalui. aQ jadi sakit hati bila baca ape yg terpempang dlm FB or twitter. malah aQ ada berperang dalam twitter. tapi aQ x kisah aQ bagi je sape nak meroyan tu janji ayah aQ selamat.. yelah susah senang aQ family aQ orang pertama yg bantu and ada di sisi aQ.. diorang? time senang je muncul.. and hari nie aQ ade ternampak satu link tentang luahan anak polis. ape yang anak tu luahan kan sama sebijik ape yang aQ lalui. entahla nak jer kali nie korang nak berhimpun biar askar plak jaga. baru korang tahu langit tinggi rendah kalu askar da start kawal. btw, orang yang kene tngkap ngan polis tu dapat layanan 1st kelas tau.. siap dpt mkn, rehat rawatan free lagi.. tah2 itu yang korang nak kut? yg free bagai.. hahaha,, memalukan. bila dah start rusuhan muka tutup.. tak brani tunjuk.. bukan gentleman la weii.. and yang aQ dapat tahu sebenarnya yang tutup muka tu and wat kacau bilau adalah orang indon yang diupah.. sonok orang indon dah la diupah mudian boleh tengok lagi Malaysia yang dlu diorang sanjung kacau bilau..


nie luahan hati anak polis tu a.k.a aQ juga merasai ape yang beliau rasa:
Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?
Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...
Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...
Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...
Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?
Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...
Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...
Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?
Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...
Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....
Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

Saturday, February 18, 2012

menggamit kenangan silam.

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua sihat? maaf sejak akhir2 nie aQ terpaksa tinggalkan nukilan chocstrawberry untuk sementara waktu. untuk yang sedia maklum, sekarang aQ dah pun bergelar sem 6. jadi aQ agak bz sikit untuk uruskan hal2 berkenaan "final year project" aQ. dan untuk makluman kali nie batch aQ tak lagi menggunakan log book sbgai catatan harian projek. tapi blog.. agaknya lecturer kat bmi nie baru kenal blog kut.. siap nak berblog bagai. tapi bagi aQ takde masalah sebabnya aQ dah pun ada blog sendiri kan.. lagipun agak memudahkan la sebab taip jer.. tak penat nak tulis. attach gamba pun senang. kalu logbook hamik nk kene lukis. tak pun print out then tempek..
*panjang bebenor explaination aQ nie*

ok, kembali kepada tajuk utama.. semalam dengan tak semena2nya aQ terbukak wall abg senior aQ. dekat situ dye upload gamba lori zaman dye budak lagi. so terus aQ terimbau kenangan silam. bila google balik, aQ rsa zaman aQ paling fun sekali berbanding zaman sekarang. zaman sekarang bebudak main ape je.. PS1,2,3. ipad, tab.. tpi zaman aQ? zaman yang mngeratkan siratulrahim and meningkatkan kecerdasan otak. sebab zaman aQ semuanya manual. jadi kalu nak main sesuatu tu mula karang nak main ape. zaman memutuskan hubungan pun ye gak sebab tertiba emo time kalah. tak pun buat geng sebab ada orang main kecoh je.. bila pikir balik lucu. benda kecik bergaduh macam perang dunia.. hahahha... zaman kekanak katakan.. really miss that moment.

jum aQ share gambar2 yang aQ dapat cari kat rumah encik google.. :

1) gula2 magik pop

aQ rasa aQ kenal gula2 nie pun time darjah 5. sebabnya dulu aQ nie memang jenis skema.. makanan pelik2 aQ xmakan. sebabnya mak aQ marah. makanan tak elok. cuba korang tengok balik ingredient dye. banyak yg tiruan. tapi aQ tergugat jugak bila tengok ramai member aQ makan. so bila dah terkene sekali terpegun! sebab dye meletup2 dalam mulut. hahahaha.. style kan.. campuran apelaa dema bubuh tu..

2) mini piano

haaaa... nie memang feveret aQ kecik2 dulu selain yang ape mainan perajurit tu? alaaa yg polistrine tapi dema wat gmba orang mudian ada mcm payung perajurit tu.. dah lupa laa orang panggil ape.. piano nie luar dye buat dari kayu.. aQ ada sebijik mcm gmba nie. bila main tu feeling2 pemain piano terunggul laa.. hahahah.. tapi almaklum lah lahir je adik aQ semua dye wat experiment.. hbis tunggang terbalik piano nie.. kaki hilang ke mna.. yang putih hitam tu berlobang2 dah.. hahahah..

3) kapal terbang polistrine.

haaaaa.. yang nie dak2 laki selalu suka.. termasuklah adik aQ and ayah aQ.. adik aQ minat.. and ayah aQ pulak tukang support and tukang beli untuk adik aQ.. macam2 design ayah aQ belikan.. aQ?? tukang tengok and kenkadang kalu ayah aQ beli lebih aQ tolong pasangkan skali..

4) dashkuro. *betul ke sebutan dye macam tu?*

haa.. nie pun femes gak.. ini pun banyak kali jugak ayah aQ belikan.. tapi atas permintaan lah.. kalu tak ayah aQ memang tak beli sebab awal2nya yang ini mahal skit.. tpi bila dah top terlalu bnyak yang jual so dah murah. tak penahnya nak menjadii.. penah sekali je rasanya.. kaler merah hitam dashkuro tu. itu pun sebab beli yang mahal/ori pnya. sebab yang len enjin dye selalu dpt yg rosak. ingat lagi kwn2 adik aQ pomen siap letak "minyak pelincir'" dye.. macam2 la hipotesis,conclusion semua yg keluar. pemikiran budak2. imaginasi tinggi.. alaa yg tiub kaler hijau kecik tu.. kalu beli yg mahal dalam kotak tu disediakan sekali. ingat tak?

5) koleksi pemadam
see.. orang pemadam untuk padam.. tapi zaman dulu pemadam dibuat koleksi den untuk main lawan2. sama jugak dengan "kad tepuk" berjela2 panjang beli kad mdian koyakkan mudian lawan tepuk. sape kalah kad tepuk or pemadam nie jadi hak milik yg menang.. tak fair kann.. sape yang xreti main rugi selalu laa..

6) cyberpet
cyberpet.. kire maju la.. aktiviti dye, bagi makan.. basuh berak tidur.. kenkadang sakit cucuk ubat.. kalu lupa.. terus mati.. ada gamba kubur.. hahahaha.. aQ ada peristiwa pasal cyberpet nie.. kene tipu. dulu aQ beli ini kt kawan tau. aQ byar ansuran sebab dedulu aQ takut skit nak mintak pape. sari bayar singgit.. rege dye rm12 tak silap. so 12 hri la.. entah cmna hari ketiga aQ simpan cyberpet nie dalm beg.. tup2 lepas rehat hilang.. kene curik.. tak hbis bayar lagi kuttt.. aQ syak kwn yg jual kt aQ nie curik. sebab dye sorg je tau kat mna aQ sorok and simpan.. sebabnya lepas hilang tu aQ cite, dye wat muka seposen. den duit pun dah tak mintak.. sakit ati kan.. lagipun zaman dulu memang dye nie xde kawan.. orang kata dye jahat. so aQ sorg nie je ley tersesat g kawan ngn dye.. tu yg terkena tuh. hujung minggu tu bila kuar ikut ayah aQ soping barang aQ ternampak tergerak hati mintak kat ayah.. terus dapat.. kalu aQ tahu senang je dapat xde la aQ buat keje gila g rapat ngn dak tu.. hahahahaha...

7) coklat + gula gula


nostalgia ak? lagi satu nano.. semua nie aQ beli senyap2 kat sekolah.. sebab takut ayah aQ marah.. hehehehe.. tapi yang paling style tu chewing gum yang ada tatoo tipu tu lah.. dlu tatoo tu aQ wat simpan je.. tak bani.. takut nanti tak ley basuh.. tapi lepas kawan aQ demo jer.. terus konfiden and buat.. tapi aQ pilih yag comel2 jer.. balik rumah tunjuk magik kat adik aQ.. hahahaha..

8) watercolor panda.

haaaa.. yang nie legend.. aQ rasa semua orang ada.. aQ penah ada 24 color nya.. yang besar saiz A4 tuu.. rindunyaa nak pakai balik.. sebelum nak guna kene amik jarum cucuk dlu.. baru kuar kaler.. agak2 nak hbis je bukak pelipat bawah tu.. tapi aQ xpenahnya habis.. sebab aQ sayang.. sayang2 den hilangg.. beli baru.. macam tu lah seterusnya.. adeyhh.. (-_-"

9) gula2 cincin


nie paling style. gula gula cincin. feeling2 cantik dulu. nak makan kene sarung dulu cincin kat jari den baru makan. dah habis je gula gula rasa kecewa sebab cincin dah tak cantik.. hahahaha..

10) gula gula susu rabbit.
nie orang panggil gula gula susu.. sebabnya rasa susu.. sedap wooo.. dengan kertas2 dye sekali boleh makan.. aQ lebih suka yang ini dari gula gula udang tu.. tapi sekarang dah besar aQ macam was was sikit sama ada halal ke haram.. tapi kalu halal aQ g sekarang jugak kat JJ wangsa maju sebab aQ ada perasan diorang stil jual gula gula nie.

aQ rasa takat tu je la kut.. sebenarnya ada lagi.. mcm belon seposen.. basikal tayar belakang besi tuu.. biskut kapal terbang.. macam2.. Nostalgia kann.. kan best kalu dapat ulang sekejap.. sekejap pun jadilaa.. nie nak mintak sape wat projek pintu doraemon.. cakap je nak pi mana2 kat sensor bukak pintu terus sampai.. hahaha..

Wassalam.. :)

Saturday, January 14, 2012

Sem 6

Assalamualaikum..

seperti yang digembar gemburkan dalam fb aQ untuk 2,3 hari nie akhirnya aQ dah pun kembali bermastautin di bumi British... secara jujurnya hati aQ masih belum bersedia untuk kembali ke bumi british. al maklumlah hampir 2 bulan aQ bersenang lenang bersuka ria di rumah dengan family aQ tanpa termimpi2 asignment, kuiz and test.. utara - selatan gembira berjalan.. cuti2 malaysia "truly asia" katakan.. kuikuikui..



So tepat jam 10.48 pagi sampai lah aQ di bumi british.. masuk sem nie genap dah 3 tahun aQ menyambung pelajaran di sini.. InsyaAllah ada rezeki tahun nie tahun last aQ bergelar mahasiswa Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.. sem nie aQ dah masuk sem 6. bererti lagi 2 sem untuk aQ tamatkan sesi pembelajaran aQ dalam "degree in medical electronics".. doakan aQ berjaya dengan cemerlang yar..

sem nie mungkin aQ agak sibuk sebab dah start sketch final year project aQ. so akan ada masa aQ agak2 pening. sebab nak kene design prototype yang banyak main dengan programming and coding.. benda yang aQ lemah.. dugaan belajar kan.. :)

untuk hujung tahun lepas dan awal tahun nie heboh dengan kerajaan bagi baucar buku 1 malaysia RM200 kepada seluruh pelajar IPTA dan IPTS masa perbentangan belajawan hari tu. jadi hari nie dapatlah aQ merasa untuk soping buku dengan baucar tersebut.. yelah buku engineering bukannya tak tahu bepe rege.. puluh2 smpai beratus2.. bakal digunakan sebaik mungkin.. acecece.. silap2 aQ g beli novel.. kuikuikui.. (buku jugak kan? ok lorh sekurang2nya ley gak baca time nak release tension buat fyp kan..kan.. :p ) nanti aQ update kan ye buku ape yang aQ beli dengan baucar kerajaan bagi tu.. tunggu tau :D

tadaaa...

RM 200 semuanya.. :D



psst:: nota nakal:- agak-agakkan orang yang suka memaki hamun, mengumpat kerajaan diorg amik ak baucer nie? diorang kan anti-kerajaan kan.. oooppss... *sape terasa amik lah ye.. nie soalan open je.. :p*

Wednesday, January 11, 2012

Gadget

assalamualaikum..

tetiba hari nie aQ bersemangat nak update blog selepas membaca blog acu, Terjemahan Hati.. rasa bersemangat semula.. kebetulan encik berukband sangat berkerjasama.. lagi senang la kan.. hehehehe.. terima kasih encik berukband.. :D

seperti sedia maklum sape yang mengenali diri aQ nie mesti akan dapati yang aQ amat suka dan gilakan gadget dan barangan elektronik. tiap-tiap tahun mesti handphone aQ akan bertukar atau akan ada gadget lain yang aQ beli.. tapi memandangkan teknologi semakin hari semakin berkembang tak tekejar aQ untuk nak updatenya.. harganya pun makin tinggi dan menjadi jadi..

untuk tahun 2011 alhamdulilah apa yang aQ idamkan tercapai juga.. walaupun tak secanggih atau sehebat orang lain tapi aQ berpuas hati and bersyukur sebab ape, ape yang aQ nak dah cukup complete untuk aQ.. semuanya ada.. :)

nak tahu ape? jap ek..

tadaaaaa....

Blackberry Bold 9780 (Bold 3)

untuk sekian lamanya hampir setahun lebih aQ menyimpan keinginan untuk memilikinya.. dan 24hb september yang lalu termakbul juga hasratku.. Alhamdulilah..

kalau sebelum nie hampir setiap masa aQ akan on lappy untuk on9.. selepas memiliki "cik blacky" aQ dah jarang on lappy.. hehehehhee.. *tetiba kacang lupakan kulit.. teruk betul* on untuk yang penting.. semua kemudahan aQ untuk online, check email semuanya hanya di handphone.. dan kewangan aQ pun makin lega sikit.. yela dulu sebulan, lebih rm 50 jugak aQ habiskan untuk kredit fon sahaja.. lepas pakai cik blacky nie hanya rm30 je sebulan.. rm 25 untuk BIS dan rm5 untuk biasa itu pun kenkadang tak terhabis.. :D agak berbaloi sebab ape ramai kawan2 dan family aQ yang pakai smartphone. jadi save untuk mesej dan fon. internet pun bila2 masa sahaja. :) dan seronoknya aQ dapat berkomunikasi dengan acu and unclee yang jauh di bumi kangaroo tanpa ape2 masalah.. sebelum nie hanya ym yang menghubungkan aQ dengan acu dan unclee dan agak terhad.. tapi kali nie bila2 masa dan tempat.. malah boleh berborak sampai 4 pagi kan acu.. :D

application untuk cik blacky pun banyak.. maybe tak sehebat smartphone yang lain tapi segala keperluan yang aQ nak semua ada.. sebab apa aQ suka cik blacky nie sebab dye macam ala2 gadget tentera.. alaa.. macam walkie talkie tu.. cuma yang kite perlu tahu semua gadget yang makin lama makin kecil tapi banyak fungsi dye makin kuat sensitif.. silap sikit hang.. sebab tu kalau sesiapa tengok aQ macam "ciwi" tu jangan anggap aQ kedekut or berlagak.. cuma aQ ingin menjaganya sehabis baik.. hehehhe.. ok lah jum.. aQ nak layan cite aQ jap "fabulous cake".. nanti sambung balik k.. ape info pasal cik blacky click sini..



psst: dalam masa beberapa bulan nie je adik beradik cik blacky dah beranak pinak.. ramaii.. jadi cik blacky dah jadi "kakak" :D


*pada kawan2 dan keluarga yang terbaca blog nie yang ada adik bradik cik blacky pm aQ ya.. boleh add.. :D *