Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

salam..

wishing you 1 month of ramadhan,
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
432000 minutes of purification,
2592000 secs of NUR...!!


its Ramadhan now and I'd like to take this opportunity to wish all of you Ramadhan Mubarak and may Allah bless us with all iman and taqwa.. InsyaAllah the baraqah of Ramadhan.
آمِّينَ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ


p/s: please forgive all my wrong or what I had done.. 0-0 ok?

Saturday, July 30, 2011

Hari yang penuh menduga kesabaran

salam..

hari ini sepatutnya menjadi hari eksaited bagi aQ kuar menjejak bumi kolumpo nie setelah 2 bulan lebih aQ tak menziarah bumi kolumpo.. seperti biasa BMI nie masalah utamanya pasti masalah ATM... aQ pun tak tahu la apa puncanya.. kalau dulu guna atm mualamat yang usang tu memang wajiblah atm tu selalu hang... dah tua dah muamalat tu.. dah wujud zaman sebelum BMI diUniKLkan.. ini atm baru pun boleh error.. adakah dak2 BMI extreme sangat guna, atau cimb provide duit yang sikit. almaklumlah kos perbelanjaan di bumi british nie tinggi.. jadi harus 24 jam withdraw...

nak jadi cite hari ini aQ n ira decide untuk kuar ke bumi kolumpo untuk cucuk duit yang tak seberapa kerana masing2 dalam purse tinggal ciput jer. awal2 paginya bertolak lah kami berdua ke putra.. smpai je putra aQ trus cucuk duit.. tengok2 tak ley pakai sebab duit dalam tu xde.. hampa.. jadi ira cakap "xpa kita cucuk duit ke masjid jamek" so tanpa ragu2 straight je kami berdua nek putra ke masjid jamek..

sesampainya stesen masjid jamek trus aQ n ira straight ke atm cimb.. sementara tunggu ira siap2 untuk kuar kad, aQ trus cucuk.. sampai lah detik itu..

"masukkan num pin.. ****** --> pengeluaran ***.**--->sila ambil kad dan wang anda ----> kad jem!!!!!!! kad xley kuar!!!!!! *

tahu betapa nebesnya aQ time tuuu.. aQ raba-raba tempat kad tu rsa macam ade sumting yang tendang2.. last2 "kad kene tahan!!!!!" luluh hati aQ tahu.. setelah aQ check ala2 CSI rupanya atm tu tak dipasang dengan betul!! mesin tu longgar!! arghhhh!!!!!! tensinya aQ.. trus aQ buat tindakan drastik dengan memanggil sekuriti untuk bagitahu.. elok je aQ bagitahu relax jer pak cik tu bagitahu "ouh, atm tu memang banyak dah orang kene telan kad dye" damn!!! asal tak letak ape2 notis??? biar je orang ramai yang kene.. mula2 aQ nak naik hangin jugak tapi aQ lembut hati sebentar sebab pak cik tu terus cek atm tu and kol center.. time aQ tunggu ape pak cik tu buat tiba2 ada seorang mak cik tu tanya "adik, kad kene telan jugak ke? anak sedara mak cik pun sama.. baru je kejap tadi.. sekarang diorang kat atas tengah bertekak dengan petugas cimb. ada india tu tu bgtahu mak cik kata anak sedara mak cik tengah marah2". kemudian pak cik tu pass kan handphone dye untuk aQ cakap dengan operator rsanya. sedang aQ cakap dengan center ada sorang tourist nie pun cucuk and kad dye pun kene telan.. agak hangin jugaklah aQ dengan center.. gamaknya baru masuk kerja kut.. korang punya maintenance pasang salah, pengguna banyak kene boleh nak lepas tangan plak.. nasib baik orang tu ade gtau kata hari ini cimb KLCC ada bukak.. terus aQ pergi ke cimb KLCC and report semua.. malangnya aQ terpaksa tunggu hari isnin untuk buat kad baru.. sebabnya aQ xde bawak buku akaun and diorang terpaksa contact cimb kulim (sebabnya aQ wat akaun cimb waktu aQ FET dulu) hantar fax details aQ.. elok selesai report aQ patah balik ke masjid jamek untuk beli barang. sampai je ke masjid jamek aQ tengok ada dua orang lagi mangsa kad kene telan.. masing2 pegang telefon dengan muka cemas. terus aQ bagitahu diorang suruh wat report kt cimb KLCC.. haishh.. dugaan.. dugaan..

*tangan pak cik sekuriti ituu..


*gamba nie aQ amik sebagai bukti kejadian..

p/s:: terima kasih ira sebab sudi bantu aQ time aQ susah nie.. segala budi baik hang aQ hargai sangat2.. semoga yang terbaik di dunia dan diakhirat senantiasa untuk hang.. InsyaAllah, nanti dah setel semua aQ pulangkan balik ye.. :)

Tuesday, July 26, 2011

Assalamualaikum Sem 5.. :)

salam..

hari nie genap empat hari dah aQ berada di bumi british.. kejap je kan 2 bulan cuti berlalu. pejam celik pejam celik dah kene kembali ke sekolah.. dah nak kene tinggal bumi ipoh sebentar.

hari sabtu haritu bersamaan 23hb julai bermula lah sesi pendaftaran bg sem 2/11. maka dengan rasminya aQ menjadi 3rd year student.. aQ dah sem 5 dah sekarang.. wee~ ada lagi 3 sem aQ harus hadapi.. 2 sem di british dan satu sem practical. macam tak caya je kan. pagi tadi aQ bru hbis kelas untuk kelas keduanya.. patutnya pkul 11 aQ ade kelas.. tapi kelas batal.. malam nie plak.. kelas Mandarin II.. untuk 4 hari nie aQ xde buat ape2.. cuma hari ahad haritu aQ berkesempatan menghadiri kenduri kahwin anak sedara acik kat Impiana Kayangan Club. seronok sangat.. tempat dye bestttt.. makan pun sedap.. terima kasih acik.. :)

untuk hari2 seterusnya hanya internet saje yang menjadi hiburan aQ.. huwaaaa.. dah tak larat nak tido dah.. lepas tido, tido.. kuikuikui.. untuk sem 5 nie subjek aQ makin lama makin mencabar.. banyak yang berat2.. medical laser, medical instrumental.. siap kata HMD ada mini project ag.. aQ hrap semua asgmnet diberi awal2.. tak nak last2 minit nak dekat final bru nk bg.. menangis tahu.. :p

aQ harap sem 5 nie aQ akan lebih berjaya dan terus berjaya dengan cemerlangnya.. and azam aQ tercapai. korang doakan aQ tau.. :)

*tradisi setiap awal sem.. menziarah jayen.. (-_-"
3/4 troli barang aQ n rumate.. :)


p/s:: aQ dah homesick!!! aQ rindukan ayah, mama n adik.. sobs..

Sunday, July 17, 2011

Rahsia Gaya Berjalan Seorang Perempuan

salam..

tertiba hari nie aQ rsa sunyi n kosong.. ayah dah pun balik penang sekejap tadi..sobs..sobs.. kejap je rasa.. Fb pun xrmai yg on9.. twitter lagi laa.. so, aQ rajin untuk update blog.. kuikuikuikui.. so topic hri nie ialah... sila rujuk diatas.. *hahahaa.. ayat mintak pangglimaa.. * jum kite tengok2, terjenguk2:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

tadaaa.. jadi yang mana kategori anda?? cepat2, suruh kawan rakam cara kita berjalan.. :)

p/s:: info dr cik-cokelat.blogspot :)

Monday, July 11, 2011

Saya Budak Baru Belajar.. :)

salam..

hari ini lagi sekali aQ bekersempatan untuk update blog nie. Alhamdulilah, celcom dah mula buat kerjanya dengan baik.. internet aQ tak selembab dlu.. kalau dlu sekali click setengah jam loading.. memang tensi..

ok, back kepada topic aQ hari nie.. sekarang nie kan popular dengan apam polka dot.. comel2 je kan.. nak makan pun rasa sayang. so semalam lepas je aQ refresh home FB terus terpampang gamba apam polka dot yang baru diupload oleh lecturer aQ.. madam tata.. oooo..emmm.. geee.. comeLLL.. gerams.. mahu!!! mahu!!!.. terus tanpa segan silu dan konfidennya aQ komen kt pic tu mintak resipi.. and pagi tadi aQ check inbox madam tata dah pun inbox aQ resipinya.. woaaaaaa.. tenkiu so much madam.. :)

aQ ingt nanti dah cukup semua bahannya aQ nak wat trus.. so, sekarang aQ postkan dulu resipi yang madam kongsikan dan gamba yang aQ copycatdog dari google.. heheheheehe.. :)

resepi apam dot-dot:
bahan-bahan:
  • 3 telur - dari peti sejuk
  • 275gm tepung gandum
  • 220gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • filling secukupnya (boleh guna filling blueberi@coklat)
  • pewarna ikut suka

cara-cara:
  1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8 minit.(saya pukul telur dulu sampai kembang, pastu masukkan gula, ovallete (pukul dengan laju),baru selang selikan susu segar dengan tepung, kacau pakai senduk kayu).
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik bersih) - saya biarkan dalam mangkuk jer pastu sudukan pakai sudu teh, baru muat masuk cup kecik)
  4. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang terlah disusun didalam acuan lompang.
  5. picitkan blueberry/coklat filling secukupnya
  6. picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. kukuskan di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. guna api sederhana.
  8. jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk menggelakkan apam ini merekah/mekar
tadaaaa...



*da siap.. jgn tertipu ini pic dari google.. hiks..

next aQ teringin nak buat ais krim goreng. aQ 1st time makan ais krim goreng nie time aQ form 2. time tu aQ lunch dekat food court star parade. trus aQ ternampak den aQ minx kat ayah aQ nak cuba.. sedap ouhhh.. rangup diluar sejuk didalam.. hehehehe.. dah ghupe macam iklan swasta munyiknya.. kuikuikuikui.. kat pasar malam gombak ade.. tapi aQ xpenah beli sebab mahal sangat. rm 1.80 ouh.. lagi 20 sen cukup rm 2.00 boleh makan nasi bujang untuk tengah2 bulan.. mana ag berbaloi?? (nampak sangat aQ pekin duit kan.. yolah, hidup merantau kene pandai2 jaga ekonomi seniri..)

tadi elok je aQ online terperasan sorang junior aQ paste link blog secubit garam pasal ais krim goreng.. ape lagi terus aQ study cara2 nak buat.. rupanya senang je yer.. pakai roti jer.. tapi rumah aQ xde ais krim kalau tak ley trus buat.. huhuhuhu.. xpe, aQ paste kan dlu resipi.. bila dah ade semua bahan ley buat.. :)

bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • plastic wrap (untuk balut roti)
  • minyak

cara-cara:
  1. lembabkan roti dengan air (saya spraykan roti tu)
  2. skopkan aiskrim ke atas roti
  3. tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi
  4. tekan acuan supaya roti terputus. (pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
  5. balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3 jam atau semalaman. (better semalaman)
  6. keluarkan dari tempat beku dan goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. jangan lama, paling kurang 1-2 minit sahaja tapi pastika minyak betul2 panas..

tadaaa..


*ais krim goreng restoran simpang tiga. makan time family gathering bulan mac yang lalu.. :)

Sunday, July 10, 2011

Homemade Ruby Fried Chicken :)

salam

tetiba hari ini internet aQ sangat laju.. hehehehe.. sayang berukband.. muahs..muahs..

so hari ni aQ nak kongsi resepi yang aQ baru belajar dari sifu terhebat aQ iaitu my mom.. thanks mama.. bagi orang lain yang nak kata "eleh, ayam goreng pun nak kecoh??"aQ dengan selambanya akan jawab ada aQ kesah?? sesen pun duit kau aQ tak kacau.. cuma kau jer masalah sebab kau teringin kan?? *garang tak..garang tak* muahahahaa.. (gelak ala2 orang riak)

bagi sesiapa yang dah tahu and cekap boleh la kongsi resepi untuk tambahkan ag keenakkan.. kalau yg belum tahu boleh la cuba resepi yag aQ kongsikan.. :)

bahan-bahan:
  • beberapa ketul ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut size kesukaan anda..
  • tepung jagung
  • serbuk kari ikan atau daging babas *brand lain pun boleh :) *
  • telur
  • garam
  • secubit cukup rasa maggi..
cara-cara:
  • panaskan minyak dalam kuali ke periuk ke.. sukatan minyak tu kalau boleh biar ayam digoreng secara terendam.. orang putih panggil deep fried.. :)
  • gaulkan kesemua bahan2 diatas kecuali ayam. sukatan untuk kesemua bahan tu bergantung kepada berapa ketul ayam yang anda nak masak..
  • sediakan satu mangkuk untuk dipecahkan telur dan kacaukan..
  • kemudian ambil ayam celup kan ayam kedalam telur mdian gaulkan sekali dengan bahan2 tadi..
  • goreng ayam sehingga keemasan
  • last sekali tadaaaaa...

*da siappp... mari ngapp.. *sobs..sobs.. lighting kurang menarik.. :( *

petua goreng ayam goreng rangup:

pertama, kalau boleh gunakan minyak baru. sebab minyak lama kalau digoreng banyak kali boleh peningkan kepala dan anda boleh dapat kolestrol tinggi..

kedua, pastikan minyak betul2 panas sebelum letakkan ayam..

ketiga, pasang api yang besar bila panaskan minyak. bila mnyak dah panas baru kecikkan api. dan dimasukkan ayam. ini sebab nak bg isi ayam didalam masak dengan elok. kalau masak ayam dengan api yang besar. isi dalam tak masak, luar yang masak/garing..

*selamat mencuba*

Saturday, July 9, 2011

Boleh tak kalau aQ nak luah apa yang aQ rasa??

salam..

amaran:: ini hanya luahan atau apa yang aQ rasa.. xde berkaitan sama ada yang hidup.. lain orang lain pendapat.. so terima lah dengan berlapang dada.. andai aQ salah, aQ mohon maaf.. sebab apa sebab aQ baru nak kenal erti hidup dunia luar.. before nie aQ hanya pikir ape yang berlaku depan mata aQ jer.. aQ xpenah nak pikir ape2 yang xde kaitan dengan aQ..


seperti biasa dalam 2 ,3 minggu nie Malaysia heboh pasal perhimpunan BERSIH 2.0. yang diadakan hari ini. seperti yang aQ katakan aQ memang tak penah amik port pun pasal dunia politik dunia nie.. sebab aQ rasa macam xde faedah pun aQ nak pikir pusing2 pening2 kes politik nie.. janji jangan ganggu hidup aQ and family aQ..

untuk pucuk pangkalnya memang aQ tak amik tau and aQ malas nak bising2.. sebab yelah kang aQ diperli serbu tak pakai helmet.. hal2 perhimpunan nie pun aQ dpat tahu jumaat sabtu tu.. tengok?? punyalah aQ tak amik kisah.. nak membaca hal2 nie aQ memang x mnat.. aQ rsa aQ baca sebaris pun konfim2 lepas tu aQ tutup..

cuma hal yang aQ bengang nie.. perhimpunan nie dah kacau keselesaan aQ, keselamatan family aQ dan keamanan aQ.. tak pasal2 ayah aQ dapat kol dipanggil bertugas cuti dibekukan.. bayangkan ape perasaan aQ?? hati aQ berkecamuk tahu?? ayah aQ balik rumah nak seronok2 nak spend time sementara anak2 dye cuti tapi dapat panggilan kene bertugas.. ayah aQ keje jauh.. aQ kadang2 je dapat jumpa ayah aQ.. kadang2 aQ pikir bongok jugak rakyat mesia nie.. bukanlah aQ nak kata.. aQ ade baca kt fb2 nie kata orang BERSIH semuanya doktor, engineer, lawyer, CEO lah ape lah.. yg sebelahnya hanyalah orang2 kuli batak kerajaan... habis kalau korang orang yang berpelajaran tinggi kenapa pikir macam orang bodoh jugak?? nak jugak wat demonstrasi?? nak melalak, nak berjalan ramai2?? nak memekik?? secara tak langsung korang dah memalukan Malaysia tak ak?? macam lah xde cara lain.. aQ tengok tadi berkumpul, bising2 hbis ape yang dapat?? free honeymoon dalam lokap?? kerajaan ada amik apa2 tindakan pasal apa tuntutan korang?? ade??? korang tak rasa plak korang nie secara automatiknya jadi kuli batak ambiga?? korang tak rasa ke ambiga tu nak pecah belah kan orang melayu?? sebab dye tahu orang melayu nie senang nak diperbodoh.. ape kata korang yang berpelajaran tinggi nie pikir ape kaedah atau cara nak bincang atau memperdengarkan ape yang tidak adil ape yang tak puas hati.. bukannya dengan cara macam nie?? (maybe ade certain yang baca blog aQ nie cakap aQ selalu tengok berita tv3.. tpi sbnarnya aQ tak tengok mana2 berita pun.. tak caya tanya mak aQ.. asalkan berita jer aQ mesti bukak channel lain sebab aQ fedup dengan permainan dunia)

maybe ade yang cakap diorang berkumpul bukannya nak berperang. nak demostrasi cara baik.. nak tunjuk bantahan tapi kalau pikir balik, rakyat mesia nie emo tinggi sangat.. kalah bola pun nak baling mercun.. itu baru lawan bola jer.. kalau perhimpunan mcm nie?? dari dlu pun memang dah ade sejarah asalkan perhimpunan jer mesti akan ade yang tercedera ada yang tak terkawal.. aQ baca jer ape yang semua tulis kat fesbuk tu. tpi aQ layan kan aje.. sebab ape sebab semua orang ade hak and pendapat sendiri.. ade yang marah polis lah ape lah.. nak je aQ tegaskan, polis tu diorang bertindak mengikut arahan.. diorang pun ada tanggungjawab terhadap keamanan.. kalau tak ape namanya polis?? korang pikir korang jer.. konon polis yang punca.. kalau polis tak lancarkan pemedih mata xdelah nak jadi macam nie macam tu.. tapi korang pikir tak ape penyebab polis bertindak macam tu?? korang kene pikir jugak polis tu pun manusia biasa.. diorang bergadai nyawa tau nak hadapi sesuatu tu.. korban masa, tenaga, keselamatan. macam tadi tengok diorang main tolak2 jer polis.. sape yang anak polis macam aQ fahamlah ape yang aQ rasa.. ape perasaan korang tengok bapak sendiri kene tolak, risiko terima kecederaan besar..??? macam aQ, aQ alami semuanya tu. ayah aQ penah kene pukul waktu keje bhgian jenayah dulu.. penah accident gara2 nak kejar penjenayah.. aQ tak nak ape2 yang tak elok jadi kat ayah aQ.. aQ nak ayah aQ sihat sejahtera.. korang faham tak semua tu?? yang roadblock2 tu?? sape yang start dulu?? kalau korang tak berdegil, xdenya benda nie nak jadi macam nie.. korang jugak yang buat benda nie jadi mcam nie.. mudian bila dah terasa susah.. mula makin hamun polis buat roadblock tak tentu pasal.. nak g spital lah nk g kenduri lah ape lah semua susah..

benda nie aQ dah pikir lama.. bayangkan lah kalau betul diisytiharkan darurat tak ley kuar rumah ape korang nak buat?? kalau diri sendiri and family tengah dalam keadaan sihat sejahtera, kelengkapan semua cukup Alhamdulilah la.. kalau ttba ada yang sakit, kene serangan jantung korang nak g spital macam mna?? nak kuar rumah pun tak boleh.. doktor nak datang merawat pun tak boleh.. kalau anak nak susu, susu hbis korang nak beli macam mna?? last2 anak mati macam tu jer.. itu yang korang nak?? kalau betul diisytihar kan darurat korang hepylah dapat duk rumah tak yah keje.. tapi aQ?? aQ mesti susah hati kat ayah aQ yg kene bekerja jaga keamanan.. korang kene pikir, kene rasa jugak ape yang orang lain rasa.. xley ikut sedap hati sedap mulut jer.. syukurlah dengan ape yang ade.. sedarlah orang Melayu.. nie baru diantara orang Melayu.. kalau bangsa lain tuntut hak diorang lagi haru.. tuntut hak belajar diorang.. tuntut hak ekonomi.. baru korang sasau kut..


lagi sekali aQ tegaskan ini hanyalah luahan hati aQ.. ape yang aQ rasa, ape yang aQ pendamkan selama nie.. xde kene mengena dengan sesiapa.. aQ tak nak kalau ade yang tak setuju dengan ape yang aQ luah tetiba nak jauhkan diri dengan aQ atau buat tembok.. ape2 pun aQ dah lega sebab aQ dah lepaskan semua.. :) dan aQ pun lega sebab perhimpunan tu dah berakhir..


p/s: hehehehe.. perasan tak aQ updte blog sma hari dengan ape yang berlaku.. selalunya lpas seminggu, sebulan baru aQ nak updte kan.. :)