Friday, December 31, 2010

say bye to 2010 welcome to 2011!!!


salam..

lagi beberapa minit akan berakhir tahun 2010 dan lagi beberapa minit ag kita akan memasuki tahun 2011.. SELAMAT TAHUN BARU ya kawan2!!!

mungkin tahun 2010 tahun x brape indah bg aQ.. tahun 2010 adalah tahun yg pling menguji hidup aQ.. pelbagai kejadian menyedihkan dan beberapa perkara yg menggembirakan.. tahun nie saja dkt 2 org anggota keluarga dan seorg shbat baik + abg angkatku pergi meninggalkan aQ dan kami smua... antara realiti dan fantasi je sekarang..

seperti org lain mungkin tengah bersukaria dgn kehadiran 2011 tapi bg aQ.. perasaan tu bercampur2. ada gembira da sedihnya.. sedihnya, malam nie malam terakhir aQ berada di bumi kedah dan malam terakhir aQ berada di rumah tercinta aQ nie.. aQ akan berpindah ke simpang pulai, perak esok bersamaan 1 januari 2011.. hepynya sebab aQ dapat duduk ipoh setelah setahun permohonan mama aQ utk berpindah ke Perak.. lepas nie mungkin tak berpeluang lagi aQ menjejak kaki ke rumah ini.. esok tepat jam 11 pagi secara rasminya rumah ini akan berpindah milik.(mama n ayah aQ dah jual rumah nie.. ) sedey je aQ rsa skrg.. mcm x snggup berpisah.. 20 tahun rumah nie.. sama ngan umur aQ.. brg2 dlm rumah nie pun ada diantaranya sama umur ngan aQ.. aQ sedey di sini aQ dibesarkan. rumah nie aQ bermain, berteduh, bergelak ketawa.. bilik dirumah nie jga tempat aQ "dikurung" sbb terlalu nakal (-_-" dan bnyak lagi.. smpai aQ tak mampu nk ungkap dgn kata2.. 20 tahun bayangkan lah... bila aQ ngemas tdi tgk balik gmba2 lama,gmba2 aQ membesar dri semasa ke semasa aQ rsa cepatnya msa tu berlalu.. lepas nie dapat tgk rumah nie dari jauh je..

semuanya ada hikmahnya.. perpindahan nie salah satu ikhtiar utk aQ satu family berkumpul semula.. sbb skrg ayah aQ dah berkerja di penang dan tak mungkin dpt bekerja di alor setar kembali kerana ayah aQ telah berkhidmat di sini lebih 19tahun.. peluang utk berpindah ke sini semula tipis. oleh itu mak aQ dah mngambil kputusan utk pindah ke perak. alhamdulilah berkat doa, kesabaran dan kesungguhan mama aQ berjya berpindah ke perak.. jadi surat pindah mama tu boleh jdi surat sokongan utk ayah aQ berpindah ke perak.. yelah, skrg nie aQ dah belajar di gombak, adik aQ dah hbis SPM xtahu dye nk terbang ke mna pulak.. tnggallah mama aQ sorg2 kt sini.. dkt sini mna ade sape2.. smuanya menetap di ipoh.. oleh itu dah tiba masa utk mama aQ kembali ke kampung asalnya.. biarlah anak2nya berhijrah pula.. lagipun family mama aQ dah xde sape2.. tok n tok wan pun dah ninggal.. jdi family aQ tonggak utma utk adek bradek berkumpul.. lagipun keputusan pindah ke perak nie adalah salah satu wasiat dari tok.. selalunya org yg nk habis umur nie dye nmpak ape yg kita x nmpak.. cuma time tu kita x paham.


ape2 pun goodbye to 2010 and welcome to 2011.. moga tahun 2011 nie memberi aQ sejuta kali kebahagiaan, kerahmatan dan murah rezeki buat aQ sekeluarga.. Amin .. Insyaallah...

1 comment:

Shery NN said...

Acu duduk rumah gunung rapat pun dari 81-99(18tahun)..sedih juga..
Tapi bg adik beradik yg lain,diorg dah menetap kat rumah tu dari awal 70an sampai lah tahun 99 sebelum pindah ke WJB..diorg pun lagi sedih dan byk kenangannya ..
Apa2 pun,..pandang ke hadapan k..Good Luck! :)