Sunday, July 31, 2011
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan
Saturday, July 30, 2011
Hari yang penuh menduga kesabaran
"masukkan num pin.. ****** --> pengeluaran ***.**--->sila ambil kad dan wang anda ----> kad jem!!!!!!! kad xley kuar!!!!!! *
Tuesday, July 26, 2011
Assalamualaikum Sem 5.. :)
Sunday, July 17, 2011
Rahsia Gaya Berjalan Seorang Perempuan
Monday, July 11, 2011
Saya Budak Baru Belajar.. :)
- 3 telur - dari peti sejuk
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- filling secukupnya (boleh guna filling blueberi@coklat)
- pewarna ikut suka
- masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8 minit.(saya pukul telur dulu sampai kembang, pastu masukkan gula, ovallete (pukul dengan laju),baru selang selikan susu segar dengan tepung, kacau pakai senduk kayu).
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik bersih) - saya biarkan dalam mangkuk jer pastu sudukan pakai sudu teh, baru muat masuk cup kecik)
- picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang terlah disusun didalam acuan lompang.
- picitkan blueberry/coklat filling secukupnya
- picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- kukuskan di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. guna api sederhana.
- jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk menggelakkan apam ini merekah/mekar
- 10 keping roti putih
- 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
- plastic wrap (untuk balut roti)
- minyak
- lembabkan roti dengan air (saya spraykan roti tu)
- skopkan aiskrim ke atas roti
- tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi
- tekan acuan supaya roti terputus. (pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
- balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3 jam atau semalaman. (better semalaman)
- keluarkan dari tempat beku dan goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. jangan lama, paling kurang 1-2 minit sahaja tapi pastika minyak betul2 panas..
Sunday, July 10, 2011
Homemade Ruby Fried Chicken :)
bagi sesiapa yang dah tahu and cekap boleh la kongsi resepi untuk tambahkan ag keenakkan.. kalau yg belum tahu boleh la cuba resepi yag aQ kongsikan.. :)
- beberapa ketul ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut size kesukaan anda..
- tepung jagung
- serbuk kari ikan atau daging babas *brand lain pun boleh :) *
- telur
- garam
- secubit cukup rasa maggi..
- panaskan minyak dalam kuali ke periuk ke.. sukatan minyak tu kalau boleh biar ayam digoreng secara terendam.. orang putih panggil deep fried.. :)
- gaulkan kesemua bahan2 diatas kecuali ayam. sukatan untuk kesemua bahan tu bergantung kepada berapa ketul ayam yang anda nak masak..
- sediakan satu mangkuk untuk dipecahkan telur dan kacaukan..
- kemudian ambil ayam celup kan ayam kedalam telur mdian gaulkan sekali dengan bahan2 tadi..
- goreng ayam sehingga keemasan
- last sekali tadaaaaa...
Saturday, July 9, 2011
Boleh tak kalau aQ nak luah apa yang aQ rasa??
cuma hal yang aQ bengang nie.. perhimpunan nie dah kacau keselesaan aQ, keselamatan family aQ dan keamanan aQ.. tak pasal2 ayah aQ dapat kol dipanggil bertugas cuti dibekukan.. bayangkan ape perasaan aQ?? hati aQ berkecamuk tahu?? ayah aQ balik rumah nak seronok2 nak spend time sementara anak2 dye cuti tapi dapat panggilan kene bertugas.. ayah aQ keje jauh.. aQ kadang2 je dapat jumpa ayah aQ.. kadang2 aQ pikir bongok jugak rakyat mesia nie.. bukanlah aQ nak kata.. aQ ade baca kt fb2 nie kata orang BERSIH semuanya doktor, engineer, lawyer, CEO lah ape lah.. yg sebelahnya hanyalah orang2 kuli batak kerajaan... habis kalau korang orang yang berpelajaran tinggi kenapa pikir macam orang bodoh jugak?? nak jugak wat demonstrasi?? nak melalak, nak berjalan ramai2?? nak memekik?? secara tak langsung korang dah memalukan Malaysia tak ak?? macam lah xde cara lain.. aQ tengok tadi berkumpul, bising2 hbis ape yang dapat?? free honeymoon dalam lokap?? kerajaan ada amik apa2 tindakan pasal apa tuntutan korang?? ade??? korang tak rasa plak korang nie secara automatiknya jadi kuli batak ambiga?? korang tak rasa ke ambiga tu nak pecah belah kan orang melayu?? sebab dye tahu orang melayu nie senang nak diperbodoh.. ape kata korang yang berpelajaran tinggi nie pikir ape kaedah atau cara nak bincang atau memperdengarkan ape yang tidak adil ape yang tak puas hati.. bukannya dengan cara macam nie?? (maybe ade certain yang baca blog aQ nie cakap aQ selalu tengok berita tv3.. tpi sbnarnya aQ tak tengok mana2 berita pun.. tak caya tanya mak aQ.. asalkan berita jer aQ mesti bukak channel lain sebab aQ fedup dengan permainan dunia)
maybe ade yang cakap diorang berkumpul bukannya nak berperang. nak demostrasi cara baik.. nak tunjuk bantahan tapi kalau pikir balik, rakyat mesia nie emo tinggi sangat.. kalah bola pun nak baling mercun.. itu baru lawan bola jer.. kalau perhimpunan mcm nie?? dari dlu pun memang dah ade sejarah asalkan perhimpunan jer mesti akan ade yang tercedera ada yang tak terkawal.. aQ baca jer ape yang semua tulis kat fesbuk tu. tpi aQ layan kan aje.. sebab ape sebab semua orang ade hak and pendapat sendiri.. ade yang marah polis lah ape lah.. nak je aQ tegaskan, polis tu diorang bertindak mengikut arahan.. diorang pun ada tanggungjawab terhadap keamanan.. kalau tak ape namanya polis?? korang pikir korang jer.. konon polis yang punca.. kalau polis tak lancarkan pemedih mata xdelah nak jadi macam nie macam tu.. tapi korang pikir tak ape penyebab polis bertindak macam tu?? korang kene pikir jugak polis tu pun manusia biasa.. diorang bergadai nyawa tau nak hadapi sesuatu tu.. korban masa, tenaga, keselamatan. macam tadi tengok diorang main tolak2 jer polis.. sape yang anak polis macam aQ fahamlah ape yang aQ rasa.. ape perasaan korang tengok bapak sendiri kene tolak, risiko terima kecederaan besar..??? macam aQ, aQ alami semuanya tu. ayah aQ penah kene pukul waktu keje bhgian jenayah dulu.. penah accident gara2 nak kejar penjenayah.. aQ tak nak ape2 yang tak elok jadi kat ayah aQ.. aQ nak ayah aQ sihat sejahtera.. korang faham tak semua tu?? yang roadblock2 tu?? sape yang start dulu?? kalau korang tak berdegil, xdenya benda nie nak jadi macam nie.. korang jugak yang buat benda nie jadi mcam nie.. mudian bila dah terasa susah.. mula makin hamun polis buat roadblock tak tentu pasal.. nak g spital lah nk g kenduri lah ape lah semua susah..
p/s: hehehehe.. perasan tak aQ updte blog sma hari dengan ape yang berlaku.. selalunya lpas seminggu, sebulan baru aQ nak updte kan.. :)
Thursday, June 30, 2011
Back to Old Memories
pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun aQ tinggalkan KMK.. setiap kenangan tu masih lagi kekal dalam ingatan aQ.. kenangan kantoi dengan ustaz ikram and warden matrix sebab tak turun berbuka puasa kt DS (dewan selera).. hahahahaha... naik bas sardin berhimpit2 sampai xbernyawa.. pening2 dengan asigment IT. flash la, flowchart la mdian ape tu yang bnyak main coding.. macam C++ tu.. aQ dah lupa ape nama dye..
selesai je program MSR terus kitorang bergerak ke KMK.. smpai2 je Kulim masing2 terjerit.. "weyh!!! nasi ayam periuk besar!!!" "weyh!! the store!..the store!!! " "kat sini tempat aQ lepak!!" "kat sini tempat aQ sopping itu ini " gamat bas tu.. pak cik bas geleng2 je tengok pangai kitorang.. setiap ape yg bas lalu tu semua kenangan tertiba terlintas.. boleh imagine and siap tahu ag selok belok.. hebat btul Kulim kan.. hahahahaha...
dan....
tadaaa...
Wednesday, June 15, 2011
MSR FIST UniKL batch 8 (part II)
Tuesday, June 14, 2011
MSR FIST UniKL batch 8 (part I)
before balik ke BMI kitorang singgah dulu makan kt HR steak, kampung baru.. dah ghupe macam mak bawak anak2 g makan dah.. mahu taknya 8 orang lelaki and aQ sorang je pmpuan.. hahaha.. tapi memang enjoy hbis.. asik gelak jer 24 jam.. hahahaha.. thanks guys! :)
Friday, May 6, 2011
Happy Birthday Mama!!!
Monday, April 25, 2011
Final Exam
Saturday, April 9, 2011
CUN!!
Luna Latisya (maya karin) seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat(jehan miskin), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala(marsha). Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom(faezah elai *xclp laa. kuikuikuikui) bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan(remy ishak), kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
jalan cerita dye sangat simple and kelakar.. memang tak kering gusi kalau tengok.. cer imagine bunyi remy ckap loghat utaqa.. ye aQ memang minat cite kelakar.. cite yg boleh aQ hilang stress.. aQ kurang skit cerita action sebab apa? bila kuar je dari panggung mesti aQ rasa penat mcm baru lepas kejar anjing jer.. sebabnya cite dye bnyak yg bagi aQ terkejut. tapi ade je beberapa cite action yang aQ suke nengok.:)
ok, back pada story CUN nie.. banyak jugak lah contoh teladan dalam nie. yelah hidup artis dalam glemor. mcm kata2 maya karin dalam filem nie "aQ selalu cari gosip artis. bila dah kene diri seniri baru rasa" yelah asek jaga tepi kain org je kan.. aleh2 kene batang hidung seniri.. msty tekanan ryte? bila dye balik kampung tom baru dye rasa ape erti hidup.. hidup tanpa amik tahu hal orang lain.. hanya hal2 orang yang tersayang.. kasih sayang sebuah keluarga.. hidup harmoni, tapi mcm beselah kat kampung pun ade jugak orang yang busuk hati.. mcm bedah tuu..(selalu kan kalau orang yang nama "bedah" je mesti watak dye jahat, busuk hati.. dalam realiti pun sama kan..) bedah mnat kat remy. jadi bila remy nie dah jatuh cinta dgn maya ape ag berasaplahh.. itu je pun agenda orang melayu.. keje berebut jer.. dah tahu org tak suka sudahlaa. (okey aQ dah masuk watak..hahahah)
tapi yang wat aQ terkedu tu tmpat penggambaran dye.. iaitu kedah. aQ rsa diorg shoot area2 jitra, gunung keriang n pekan aloq staq.. before nie trailer dye aQ ade tengok time tengok muvie hikayat merong mahawangsa tu. tapi aQ x espek kedah.. aQ espek mybe penang atau perlis.. tup2. aloq staq.. ada satu scene tu remy bwak maya n semua family jalan2 pekan aloq staq.. rindu weyh aQ.. semua tempat yang dye tunjuk semua tempat tu aQ tau.. huhuhuhuhu...